Sunday, February 15, 2009

bangunan warisan kebangsaan

Pengistiharan Bangunan Warisan Kebangsaan

Sebanyak 173 lagi butiran warisan telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada Majlis Pengisytiharan Kebangsaan Kedua yang telah diadakan 14 Februari 2009 lalu di Sekolah Menengah (SMK) Kebangsaan Victoria. Pengisytiharan akan dilakukan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Antara bangunan warisan yang diistiharkan pada kali ini ialah:

Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria kategori Tapak Warisan (Bangunan) bersama 16 butiran termasuk Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak; Universiti Malaya, Lembah Pantai; Bangunan Stadthuys dan Gereja Christ, Melaka; Istana Lama Sri Menanti, Negeri Sembilan; Masjid Jamek Jalan Tun Perak; Masjid Kampung Keling dan Kuil Poyyata Vinagar Moorthi di Melaka serta Muzium Perak, Jalan Taming Sari, Perak.



Pada pengistiharaan kali pertama sempena 50tahun kemerdekaan pada bulan Julai 2007 senerainya ialah seperti di bawah:


Tapak Warisan KebudayaanTerdapat 19 butiran warisan tersenarai di bawah kategori Tapak Warisan Kebudayaan :

Bangunan Dewan Bandaraya dan Panggung Bandaraya
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi ( Ibu Pejabat KTMB)
Bangunan Jabatan Kerja Raya (PWD)
Bangunan Parlimen
Bangunan Pejabat Pos Besar (GPO)
Bangunan Residensi (Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia Pertama)
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Bangunan Sultan Abdul Samad
Carcosa dan King's House (Seri Negara)
Dewan Perhimpunan Cina Selangor
Gereja St. George
Istana Negara
Masjid Negara dan Makam Pahlawan
Muzium Negara
Tapak Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali
Tugu Negara

http://daftarwarisan.gov.my/index.php

No comments:

Post a Comment