Sunday, January 18, 2009

Pengenalan


Perjumpaan pertama Isnin 19 Januari 11.15am -4.15 pm di Bilik Model Senibina

Pengenalan
Laman ini ialah laman yang akan memberi panduan dan ruang pembincangan secara maya kepada pelajar-pelajar yang mengikut kursus C 5333 Lukisan Terukur di Politeknik Port Dickson. Di laman ini segala informasi yang berkaitan dengan kursus ini akan dibentangkan.

Latar belakang kursus:
Kod Kursus : C 5333 Lukisan Terukur
Jangka masa: 15 Minggu ( 30 jam teori dan 30 jam amali)
Jam Kredit ; 2 jam

Sinopsis Kursus.
LUKISAN TERUKUR memberi pengetahuan tentang senibina warisan. Penekanan kursus adalah terhadap kerja-kerja amali seperti mengukur, merekod dan mendokumentasi sebuah binaan berbentuk lukisan terukur. Kursus ini memerlukan satu dokumentasi binaan kajian berbentuk penulisan dan lukisan berbantu komputer.

Objektif Kursus.
Di akhir kursis ini pelajar dapat;
1. menerangkan perkembangan senibina warisan.
2. menghuraikan kaedah dan prosedur untuk mengukur, merekod
dan mendokumentasi sesebuah binaan berbentuk lukisan terukur.
3. menghasilkan dokumentasi binaan kajian berbentuk penulisan dan lukisan
berbantu komputer.

Tajuk kursus.
1. Pengenalan kepada Senibina Warisan Malaysia.
2. Kajian Contoh Binaan.
3. Kaedah Dokumentasi Binaan kajian

Amali.
1. Projek Lukisan Terukur.
2. Dokumentasi Binaan kajian.
3. Persembahan Akhir.

Pentaksiran.
Pentaksiran kursus adalah seperti berikut:
i. Penilaian berterusan - 100%
Tugasan ( 2) 20%
Ujian 20%
Projek 60%

Pensyarah kursus;
1. En Reduan Mahat
2. En Mokshen Ahmad
3. En Hassan Siraj




No comments:

Post a Comment