Rumah Demang Hj Abdul Ghani Merlimau Melaka Rumah ini terletak di Kampung Merlimau, Melaka. Usia rumah ini adalah lebih 100 tahun. Ia dibina pada tahun 1831 dan kemudian telah diubahsuai pada tahun 1915 seperti yang ada sekarang. Rumah ini berasaskan bentuk rumah melayu melaka, limas johor-riau, dan cina. Mempunyai elemen senibina yang unik dan menarik pada keseluruhannya. Kajian oleh SURAYALIZA BT SADIKAN ( 06PSB08F2012)dan RUZZANA BT REJAP ( 06PSB08F2015) .
Sebanyak 173 lagi butiran warisan telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada Majlis Pengisytiharan Kebangsaan Kedua yang telah diadakan 14 Februari 2009 lalu di Sekolah Menengah (SMK) Kebangsaan Victoria. Pengisytiharan akan dilakukan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Antara bangunan warisan yang diistiharkan pada kali ini ialah:
Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria kategori Tapak Warisan (Bangunan) bersama 16 butiran termasuk Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak; Universiti Malaya, Lembah Pantai; Bangunan Stadthuys dan Gereja Christ, Melaka; Istana Lama Sri Menanti, Negeri Sembilan; Masjid Jamek Jalan Tun Perak; Masjid Kampung Keling dan Kuil Poyyata Vinagar Moorthi di Melaka serta Muzium Perak, Jalan Taming Sari, Perak.
Pada pengistiharaan kali pertama sempena 50tahun kemerdekaan pada bulan Julai 2007 senerainya ialah seperti di bawah: